Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023ICT SHARING MICROSOFT EXCEL 2010 (FB LIVE)
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2020Petugas membuat video Live di Facebook Pusat Internet mengenai kelas ICT berkenaan dengan Microsoft Excel 2010....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK FB LIVE (ONLINE GROOMING)
Aktiviti Terkini | 20 November 2020Petugas membuat video Live di Facebook Pusat Internet mengenai Klik dengan bijak bertajuk Online Grooming....baca selanjutnya
CREATIVE POWERPOINT
Aktiviti Terkini |4 Oktober 2020Peserta dibukakan Ms Powerpoint untuk mencipta satu gambar yang mengikut bentuk...baca selanjutnya
MICROBIT (PENGAJARAN 1-3)
Aktiviti Terkini |4 Oktober 2020Mengisi masa lapang budak-budak pada cuti sekolah. ...baca selanjutnya
CREATIVE POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 20 September 2020Mengisi masa lapang kanak-kanak pada cuti minggu....baca selanjutnya
MICROBIT (PENGAJARAN 1-2)
Aktiviti Terkini | 19 September 2020Mengisi masa lapang budak-budak pada cuti sekolah. ...baca selanjutnya
MS POWERPOINT (PERTANDINGAN POSTER KEMERDEKAAN)
Aktiviti Terkini | 22 August 2020Mengisi masa lapang budak-budak pada cuti sekolah. ...baca selanjutnya
MICROBIT (PENGAJARAN 4-6)
Aktiviti Terkini | 16 August 2020Mengisi masa lapang budak-budak pada cuti sekolah. ...baca selanjutnya
CANVA (BROCHURE)
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2020Mengisi masa lapang kanak-kanak pada cuti sekolah....baca selanjutnya
POSTER COVID 19
Aktiviti Terkini | 28 June 2020Mengisi masa lapang budak-budak pada cuti sekolah. ...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
JOM STUDI
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2020Mengisi masa lapang kanak-kanak pada cuti sekolah....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (CROSSWORD)
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020Mengisi masa lapang kanak-kanak pada cuti sekolah....baca selanjutnya
Merekabentuk Bookmark & Nametag Menggunakan Microsoft Powerpoint
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2020Peserta yang menyertai aktiviti ini dapat mengenali Microsoft Powerpoint dan cara menggunakannya kepada peserta....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya