Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Pertandingan “Spelling Challenge”

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2016

Untuk mengukur tahap kepandaian mengeja kanak-kanak dan remaja untuk menjadikan mereka lebih mahir.... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan Melukis Menggunakan Microsoft Paint

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Pertandingan ini adlah untuk melatih bakat kreativiti dalam kalangan ahli PI1M dengan menggunakan microsoft paint dalam komputer...baca selanjutnya

E LEARNING : BRAIN TRAINING

Aktiviti Terkini | 12 & 13 November 2016

Aktiviti ini juga adalah untuk memantapkan kemahiran berfikir dengan cekap dalam kalangan ahli-ahli PI1M...baca selanjutnya

EDUCATION GAMES : LEGO ONLINE & MATH EDUCATION

Aktiviti Terkini | 05 & 06 November 2016

Aktiviti ini dilakukan adalah untuk melatih kemahiran berfikir dalam kalangan ahli-ahli PI1M selain dari mengisi masa lapang mereka...baca selanjutnya

Pertandingan “Typing Speed Test” Dan Klik Dengan Bijak (KDB) Puzzle

Aktiviti Terkini | 30 Oktober 2016

Pertandingan ini dapat memberikan pendedahan dan mengukur tahap kecekapan kanak-kanak dan remaja dalam penggunaan komputer terutama menaip dan juga untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja menggunakan peralatan ICT...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI.

KENALI KOMPUTER & MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2016

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada kanak-kanak tentang penggunaan ICT dalam kehidupan masa kini...baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2016

Jamuan Hari Raya ini dijalankan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan PI1M dan masyarakat setempat khususnya...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2016

Program Klik Dengan Bijak (KDB) adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PI1M tentan cara penggunaan internet secara berhemah...baca selanjutnya

Mereka Kad Raya Menggunakan Paint

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2016

Pihak pengurusan PI1M mengajar ahli-ahli PI1M untuk mereka bentuk kad raya dengan menggunakan aplikasi Paint dan aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti mereka...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Ampang ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Ampang seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti