INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
Taman Dato Ahmad Razali adalah rumah pangsa lima (5) tingkat dan telah siap dibina pada tahun 1986, terdiri daripada Blok A hingga Blok N. Dimana terdapat 835 unit rumah dan kebanyakan penduduk adalah orang Melayu. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Selangor. Nama taman ini diberi sempena nama bekas Menteri Besar Selangor yang pernah menjadi Penghulu Ketiga Mukim Ampang iaitu Tan Sri Dato' Ahmad Razali b. Mohd Ali. Beliau berkhidmat di Mukim Ampang ini selama 18 tahun. Taman Dato Ahmad Razali juga terkenal kerana pasar tani pada setiap hari Ahad bermula jam 6.00 pagi sehingga ke tengahari. Taman ini dilengkapi dengan dewan orang, surau, perhentian bas, kedai runcit , kedai makan, kedai jahitan dan pakaian serta kedai telekomunikasi.

Koordinat GPS: 3.154448, 101.757536

Populasi : Melayu (55 %), India (15 %), Cina (5%) Indonesia (23%) Lain-lain(2%) Taman Dato Ahmad Razali di bawah Parlimen Ampang (P99) yang disandang oleh Yang Berhormat Puan Zuraida Kamaruddin dan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya (N20), wakil rakyat Yang Berhormat Tuan Khasim Bin Abdul Aziz.

Purata Umur Penduduk Di Sini :

- Warga Emas : Sederhana
- Dewasa / Belia : Tinggi
- Kanak- Kanak : Tinggi

Purata Pekerjaan :

- Pesara
- Bekerja Sendiri
- Sektor Swasta
- Sektor Kerajaan
Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Ampang Point
KLCC
KL Tower
Bukit Bintang
Taman Tasik Ampang Hilir
Hutan Lipur Ampang
Zoo Negara
Air Terjun Batu Asah, Kemensah

Tempat Makan Yang Menarik

Me'nate Steak House
Nasi Kak Wok
Zaini Satay
Burger Bakar Abang Burn

Homestay


Kampung Tengah Ampang Homestay
Rate/ Night : RM200
Tel : 012-2792201 / 017-7771888

Bestaria Apartment, Ukay Bistari Homestay
Rate/ Night : RM200
Tel : 013-3655989
Kemudahan Awam
Surau Al-Hidayah
Hospital Ampang Puteri
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya
Balai Bomba & Penyelamat Ampang
Pendidikan
SK Ampang
SMK Dato' Ahmad Razali
Kolej PTPL
Institut Flamingo
Kisah Kejayaan

IKON KOMUNITI : EN. IRWAN AMIN SUGGUN, PENGURUS KOMPANG SELASIH

En. Irwan Bin Amin Sunggun dilahirkan di Kuala Lumpur pada 19 Mac 1978. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Pn. Norfazila Binti Hamzah sejak 9 tahun lalu. En. Irwan memainkan peranan penting dalam memajukan dan mengembangkan pasukan kompang flat Taman Dato' Ahmad Razali yang dikenali sebagai Kompang Selasih. En. Irwan adalah jurulatih serta pengurus bagi Kompang Selasih. Pasukan Kompang di Flat Taman Dato' Ahmad Razali telah ditubuhkan pada tahun 1990an. Namun terkubur seketika dan dihidupkan semula pada tahun 2004 dan kompang dikenali sebagai Kompang Putra Melayu. Seterusnya dibawah pengurusan En. Irwan sejak 5 tahun lalu, pasukan kompang dikenali sebagai Kompang Selasih yang bertepatan dengan slogan “ Pewaris Seni Pusaka Bangsa”. Pasukan Kompang Selasih telah banyak dan aktif mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan serta majlis-majlis rasmi. En. Irwan terus berusaha serta berharap agar pasukan ini tetap kekal, maju dan berkembang seterusnya menjadi pasukan kompang yang terunggul di Malaysia. Antara perancangan yang beliau bakal laksanakan adalah kawankompang.blogspot.com yang bertujuan untuk mengumpulkan semua kumpulan kompang seluruh pelusuk tanahair dan menjadi direktori untuk para pelanggan menempah pasukan kompang. Selain daripada persembahan kompang, Kompang Selasih juga mengadakan persembahan silat sekiranya terdapat permintaan pelanggan dan bayaran dikenakan untuk persembahan tersebut.


En. Irwan bersama isteri Pn. Norfazila Binti Hamzah

En. Irwan gigih dalam mempromosikan Kompang Selasih dengan pelbagai cara. Sekiranya pelanggan ini menempah Kompang Selasih :
1. kompangselasih@blogspot.com
2. Email : Paluanseni@gmail.com
3. Talian : 012-3624140 (En. Irwan)

Keusahawanan

1. YONG EL ENTERPRISE

Nama Pemilik : Rohani Binti Ahmad
Alamat : No 15, Blok H, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang Selangor.
No. Tel : 019-2951715 / 011-33157975
Facebook : Rohani Ahmad
Tahun Ditubuhkan : 1986
Produk : Sarapan Pagi dan Makanan Segera (Serunding, Simpul Kasih, Roti Canai Segera dan Kerepek Pisang)


2. SWEET LOLA ENTERPRISE

Nama Pemilik : Nor Salmeena Binti Abdul Jabar
Alamat : No 5, Blok H, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang Selangor.
No. Tel : 018-2488851
Tahun Ditubuhkan : 2015
Produk : Sarapan Pagi, Makanan Tengahari & Pastri


2. ZAI DESIGN

Nama Pemilik : Zainah Binti Hashim
Alamat : Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang Selangor.
No. Tel : 012-2356745
Tahun Ditubuhkan : 1990an
Produk : Baju Kurung, Baju Melayu, Baju Pengantin, Sulaman dan Manik