Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023BASIC 3D SKETCH UP
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2019Program ini dijalankan adalah untuk menarik minat penduduk supaya mengunjungi PI dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan...baca selanjutnya
‘TYPING GAMES’
Aktiviti Terkini | 10 November 2019Aktiviti ini adalah untuk menarik minat penduduk supaya mengunjungi PI dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan...baca selanjutnya
'FUN COLOURING'
Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019Peserta diberikan kad yang bergambar rumah cendawan. Peserta disuruh mewarna menggunakan serbuk kilat yang diberi mengikut kreativiti masing-masing. Hadiah diberikan kepada peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti....baca selanjutnya
ANIMASI MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 14 September 2019Aktiviti ini dapat mewujudkan persekitaran dalam suasana ceria di hari hujung minggu mereka dan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 04 Ogos 2019Pertandingan ini bertujuan untuk melihat kreativiti peserta dalam melukis poster kemerdekaan dan menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air.....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA TUPPERWARE BRANDS
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019Program ini bertujuan untuk menarik minat penduduk supaya mengunjungi PI dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan....baca selanjutnya
KUIZ HARI RAYA DAN JAMUAN AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019Acara bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Peserta (individu) diberikan masa untuk melengkapkan kiraan matematik berdasarkan kumpulan warna yang telah ditetapkan....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENGIRA SAMBIL MEWARNA
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2019Peserta diminta untuk membuat kiraan matematik kemudian mewarna lukisan tersebut mengikut kumpulan nombor dan pemilihan warna yang tepat....baca selanjutnya
PERTANDINGAN DAM AJI
Aktiviti Terkini | 21 April 2019Acara bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.30 petang. Peserta (individu) dibahagikan secara berpasangan dan yang paling awal kalah dikira sebagai pemenang tempat terakhir dan seterusnya....baca selanjutnya
PROGRAM CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 23 - 30 Mac 2019Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang kanak-kanak pada hujung minggu dan bertujuan untuk menarik minat penduduk supaya mengunjungi PI dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019Peserta diminta untuk melakukan aktiviti mewarna mengikut kreativiti tersendiri dengan mengunakan bahan yang disediakan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEMBUAT JADUAL WAKTU KELAS
Aktiviti Terkini | 27 Jan 2019Pertandingan Membuat Jadual Waktu Kelas diadakan untuk melatih para peserta dikalangan pelajar sekolah kemahiran menggunakan perisian Microsoft Word. Peserta diminta untuk membuat jadual kelas mengikut kreativiti tersendiri. Penilaian markah diambil kira melalui kekemasan jadual dan susunan warna yang menarik. Hadiah diberikan kepada pemenang berdasarkan sistem pemarkahan pihak penganjur...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya