Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 22 - 23 Disember 2018

Aktiviti ini dapat mengisi masa kanak kanak melalui aktiviti menarik sempena cuti sekolah ...baca selanjutnya

DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY

Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018

Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya

TAYANGAN VIDEO DAN KUIZ KAHOOT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 1440H

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Acara ini bertemakan sambutan Maulidur Rasul Tahun 1440H. Peserta diminta untuk menyaksikan tontonan video istimewa mengenai Nabi Muhammad S.A.W yang berduraksi selama 20 minit dan menjawab soalan kuiz dalam aplikasi Kahoot....baca selanjutnya

Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

PERTANDINGAN MEMBUAT TOPENG MUKA

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2018

Acara membuat topeng ini yang bertemakan watak animasi superhero dan haiwan. Peserta diminta untuk melukis dan mewarna mengikut kreativiti tersendiri. Acara penyampaian hadiah yang diberikan kepada 3 individu yang berjaya menyiapkan lukisan topeng muka dengan sempurna....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 02 September 2018

Acara mewarna yang bertemakan Hari Malaysia merangkumi pelbagai etnik dan bangsa di Malaysia. Peserta diminta untuk mewarna kan lukisan mengikut kreativiti tersendiri. Acara penyampaian hadiah yang diberikan kepada 3 individu yang berjaya menyiapkan lukisan dengan sempurna....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER MERDEKA

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Acara melukis poster yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku” merangkumi aktiviti menulis tajuk poster,melukis gambaran bertema kemerdekaan dan mewarna poster....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Majlis aidilfitri 2018 ini diadakan untuk menyambut perayaan aidilfitri dengan menjamu penduduk flat Taman Dato Ahmad Razali sedikit juadah hari raya...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Acara bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Peserta dikehendaki membuat kad ucapan menggunakan Microsoft power point mengikut ke kreatifan mereka sempena syawal 1439h. Empat hadiah utama disediakan untuk empat pemenang yang berjaya. Hadiah saguhati juga diberikan kepada peserta yang berjaya menyiapkan kad....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER & MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA RAMADHAN 1439H

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2018

Acara melukis poster yang bertemakan Ramadhan Al Mubarak merangkumi aktiviti menulis tajuk poster,melukis gambaran bertema Ramadhan dan mewarna poster. Manakala acara membuat kad ucapan pula merangkumi aktiviti menulis ucapan,mewarna,mengunting dan menampal aksesori menghias kad ucapan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI TAMAN DATO AHMAD RAZALI, AMPANG

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA CINTAI ALAM SEKITAR

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna poster Cintai Alam Sekitar. Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta seramai 15 orang dan 4 orang peserta telah dipilih sebagai pemenang....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI KEPONG SESI II

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2018

Program ini membantu meningkatkan lagi kesedaran budaya penggunaan internet dengan positif dan cara menggunakan internet dengan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI KEPONG SESI I

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2018

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran budaya penggunaan internet dengan positif dan cara menggunakan internet dengan bijak dan antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi menjawab soalan dari penceramah KDB dan juga kuiz berkumpulan KDB menggunakan notebook....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG

Aktiviti Terkini | 02 Februari 2018

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi menjawab soalan dari penceramah KDB dan juga kuiz berkumpulan KDB menggunakan notebook. Acara penyampaian hadiah diteruskan...baca selanjutnya

CABARAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Acara dimulakan dengan aktiviti menjawab soalan cabaran yang telah disediakan. Selepas selesai, diteruskan dengan acara penyampaian hadiah...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti