HARI AKTIVITI BERSAMA PEDI

Aktiviti terkini |18 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Dato Ahmad Razali, Ampang.

Ringkasan Aktiviti :
• Peserta telah dibahagikan mengikut kategori yang dipertandingkan, antaranya ialah Pertandingan LUDO, Pertandingan Dam Haji, dan juga Puzzle.
• Setiap kumpulan akan berlawan antara satu sama lain bagi memilih pemenang.

Tujuan:
• Mengisi aktiviti waktu lapang sementara cuti sekolah.
• Menguji minda peserta dalam pertandingan yang disertai.
• Mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Setiap peserta perlu mengisi borang pendaftaran penyertaan, mengikut aktiviti yang dipilih peserta.
• Setiap pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, di mana setiap kumpulan hanya akan ada 2 pemenang sebelum berlawan dengan pasukan yang lain.
• Masa yang diberikan hanyalah 30 minit bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Dapat mengeratkan silaturahim.
• Dapat mengenalpasti kebolehan peserta.
• Dapat Bekerja sebagai satu pasukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :