PERTANDINGAN MEWARNA DAN KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Ampang

Tujuan :
• Untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan adik adik TDAR.
• Untuk mengisi masa lapang adik adik dengan perkara berfaedah.
• Untuk memupuk semangat cintakan Negara serta menambah pengetahuan tentang sejarah Malaysia.

Aktiviti Berkaitan:
• Acara bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 1.00 petang.
• Pertandingan terbahagi kepada dua acara iaitu acara Mewarna dan Kuiz Kemerdekaan.
• Pertandingan mewarna disertai oleh 20 orang kanak kanak berumur 7 tahun hingga 14 tahun.
• Pihak pi1m menyediakan peralatan mewarna dan acara mewarna berlangsung sehingga pukul 11.30 tengahari.
• Setelah selesai acara mewarna, disambung dengan pertandingan Quiz Kemerdekaan sehingga pukul 12.30 yang disertai oleh 15 orang kanak kanak berumur 9 tahun hingga 14 tahun.
• Setelah selesai Kuiz, acara penyerahan hadiah diadakan dan 3 peserta dari setiap pertandingan diambil sebagai pemenang.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Petugas dapat merapatkan lagi silaturahim dengan penduduk berdekatan.
• Dapat memberi imej positif terhadap kewujudan PI1M di Kawasan perumahan TDAR.
• Produk PI1M dan digi dapat dipromosi secara tidak langsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :