HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA AMPANG

Aktiviti terkini | 06 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Ampang

Tujuan :
• Untuk memberi pendedahan kepada penduduk sekitar yang masih belum mengetahui tentang PI1M.
• Untuk mewujudkan hubungan sosial diantara staff PI1M dan penduduk sekitar.
• Untuk menarik minat penduduk supaya mengunjungi PI1M dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
• Mengeratkan silaturrahim antara petugas PI1M dengan komuniti setempat.

Aktiviti Berkaitan:
• Acara bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dengan disertai oleh agensi luar seperti KOSPEN dan jugak Program Daftar Pengundi oleh SPR. Sesi pendafaran ahli PI1M secara percuma turut diadakan untuk 100 orang terawal mendaftar.
• Pemeriksaan kesihatan secara percuma dan program daftar pengundi telah berlansung sepanjang masa.
• Terdapat 12 acara sukaneka yang dipertandingkan dimana ianya terbahagi kepada beberapa kumpulan termasuk kanak-kanak, dewasa dan juga terbuka. Cabutan bertuah juga turut diadakan selain pertandingan teka gula gula dalam baling.
• Makan tengahari turut disediakan untuk para pengunjung yang mendaftar.
• Acara ini memberi pendedahan tentang apa itu KLIK DENGAN BIJAK melalui sesi KDB serta sesi quiz KDB.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Menguji minda.
• Kanak-kanak dan penduduk dapat mengaplikasi dan peka tentang apa yang diajar serta diterangkan melalui aktiviti dengan bijak dan betul.
• Dapat mengeratkan hubungan antara penduduk melalui acara sukaneka yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :