Mengenai PIK

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'. Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BASIC ENGLISH

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2023

Peserta diajar asas Bahasa English dengan menggunakan laman web learningenglishkids.britishcouncil.org...baca selanjutnya

SEJARAH JALUR GEMILANG

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2023

Peserta belajar tentang Sejarah jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan bagi Malaysia....baca selanjutnya

MICROSOFT PAINT (CUPCAKE)

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Peserta belajar cara membuat cupcake menggunakan Microsoft Paint...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI BERSAMA LPPKN (LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA) NEGERI SELANGOR

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023

Pihak LPPKN memberi taklimat berkenaan dengan advokasi disamping mempromosikan Kempen #AmbiltahuBagiTahu...baca selanjutnya

MICROBIT 1

Aktiviti Terkini | 2 Jun 2023

Peserta belajar cara membuat kod dan cara menggunakan microbit...baca selanjutnya

SIMPLE CHOCOLATE GIFT (SOFT SKILL)

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Bahan disediakan oleh petugas PEDi dan diberikan kepada peserta untuk membuat mini simple gift....baca selanjutnya

CANVA – POSKAD HARI IBU

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Peserta membuat poskad sempena Hari ibu menggunakan Canva...baca selanjutnya

WORD SEARCH

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2023

Peserta di bukakan ‘word search’ secara atas talian dan membuat ‘word search’....baca selanjutnya

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Majlis khatam ini disertai oleh petugas PEDi Sri Damansara, PEDi Ampang dan PEDi Wangsa Permai serta komuniti Desa Satu....baca selanjutnya

KELAS EDITING – CANVA

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Peserta di ajar untuk mereka bentuk poskad sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan aplikasi atas talian Canva...baca selanjutnya

HARI AKTIVITI BERSAMA PEDI

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023

Peserta telah dibahagikan mengikut kategori yang dipertandingkan, antaranya ialah Pertandingan LUDO, Pertandingan Dam Haji, dan juga Puzzle. Setiap kumpulan akan berlawan antara satu sama lain bagi memilih pemenang....baca selanjutnya

KELAS EDITING – ADOBE ILLUSTRATOR

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023

Peserta di ajar untuk mereka bentuk poster, memahami fungsi, yang terdapat di dalam applikasi Adobe Illustrator dan cara pengunaannya...baca selanjutnya

TAKLIMAT KEBAKARAN & DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2023

PEDi Ampang bersama-sama 3 buah PEDi iaitu Desa Satu, Sri Damansara & Wangsa Permai mengadakan program bersama-sama dengan Anggota Bomba Sungai Buloh dan komuniti disana untuk demonstrasi dan taklimat....baca selanjutnya

EDUCATION GAMES: HIDDEN PICTURE

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2023

Peserta mencari gambar yang tersembunyi dengan berpandukan klu yang diberikan...baca selanjutnya

KELAS ICT: CANVA (DUAL PHOTO)

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Pelajar diajar cara menggunakan aplikasi edit gambar secara atas talian dan membuat “dual photo” mengikut kreativiti masing-masing....baca selanjutnya

KELAS ICT: MENYUNTING GAMBAR MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Peserta menyunting gambar menggunakan Microsoft Powerpoint...baca selanjutnya

PROGRAM MENYANTUNI RUMAH ANAK YATIM DAMAI, KUANG

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2023

Pusat Ekonomi Digital Taman Dato Ahmad Razali, Ampang Bersama-sama 3 buah PEDi iaitu Desa Satu, Wangsa Permai, dan Sri Damansara mengadakan program bersama-sama dengan anak-anak yatim di sana. Selain itu, kami menerangkan kepada anak-anak yatim tentang Klik Dengan Bijak (KDB)....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti